VISI

Menjadikan Unit Kewangan Malfuture Empire sebagai sebuah unit yang cekap, telus dan profesional dalam pengurusan kewangan syarikat melalui:

MISI

Memberikan perkhidmatan pengurusan kewangan yang cekap, telus, bertanggungjawab dan berkualiti bagi memastikan kestabilan kewangan serta menyokong perkembangan dan kelangsungan operasi Malfuture Empire.

OBJEKTIF

FUNGSI

PIAGAM PELANGGAN

UNIT KEWANGAN

(i) Memproses pembayaran yang telah mendapat kelulusan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas semua dokumen dan maklumat lengkap diterima.

(ii) Memproses tuntutan bayaran dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima dan disahkan.

(iii) Mengeluarkan invois atau dokumen tuntutan kepada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas maklumat lengkap diterima.

(iv) Memberikan maklum balas berkaitan pertanyaan kewangan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

(v) Mengemaskini rekod transaksi kewangan secara berkala bagi memastikan ketepatan dan kelancaran pengurusan kewangan syarikat.

(vi) Menyediakan laporan kewangan berkala untuk perhatian pihak pengurusan mengikut jadual yang ditetapkan.

(vii) Memastikan semua dokumen kewangan disimpan dengan teratur, selamat dan mudah dirujuk oleh pihak yang diberi kuasa.