Pemberitahuan Berkaitan Akaun Bank Syarikat 

Dimaklumkan bahawa semua akaun bank yang digunakan bagi urusan rasmi syarikat adalah hak milik dan berada di bawah pengurusan pihak syarikat.

Pembukaan, pengeluaran atau penggunaan akaun bank bagi tujuan urusan syarikat adalah diterbitkan dan diluluskan oleh Bahagian Kewangan & Pengurusan Syarikat sahaja.

Sebarang akaun bank yang tidak dikeluarkan, disahkan atau diperakui oleh Bahagian Kewangan & Pengurusan Syarikat adalah tidak diiktiraf sebagai akaun rasmi syarikat.

Pihak syarikat menasihatkan semua pelanggan, pembekal dan pihak berkepentingan agar membuat pengesahan terlebih dahulu dengan pihak pengurusan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amat dihargai.